top of page
Saimi.jpg

Assalamualaikum warahmatullah, Salam Sejahtera dan Salam UiTM Di Hatiku.

​

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak komited dalam menjunjung matlamat dan objektif UiTM untuk melahirkan graduan yang berkebolehan di dalam segala bidang. Dengan pelbagai unit dibawah Bahagian HEP ini seperti Unit Pejabat Am, Unit Sukan, Unit Kolej, Unit Kebudayaan, Unit Kokurikulum dan Unit Kepimpinan Pelajar, kita sentiasa bersedia dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar. Pelbagai pencapaian pelajar dalam bidang sukan, kebudayaan, kemsyarakatan dan pelbagai aktiviti kokurikulum yang lain cukup menjadi testimoni kepada usaha berterusan Bahagian HEP merealisasikan program pembangunan pelajar  yang mampan.

​

Secara dasarnya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mempunyai dua fungsi utama iaitu melaksanakan program pembangunan pelajar dan menyediakan perkhidmatan kepada pelajar. Program pembangunan pelajar lebih terarah kepada penganjuran program-program yang boleh meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar. Sememangnya, adalah menjadi harapan dan matlamat UiTM untuk para graduannya cemerlang di dalam bidang akademik dan pada masa yang sama terbilang dalam bidang kokurikulum. Ini selaras dengan keperluan semasa yang menginginkan para graduan yang penuh keyakinan dan tinggi daya kepimpinannya.

​

Satu lagi fungsi Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang tidak kurang pentingnya adalah menyediakan perkhidmatan dalam menjaga kebajikan pelajar. Di bawah aspek ini, pelbagai perkhidmatan kebajikan yang Bahagian HEP sediakan seperti permohonan PTPTN, permohonan pas pelajar, bantuan tabung kebajikan dan sebagainya. Bahagian Hal Ehwal Pelajar sentiasa peka akan keperluan pelajar dan akan sentiasa membantu terutamanya para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan. Para pelajar dinasihatkan untuk datang ke Bahagian HEP agar lebih banyak maklumat akan dapat diperolehi.

​

Kepada semua mahasiswa dan mahasiswi, ambil peluang dan ruang yang ada semasa di universiti ini untuk membina dan mencantikkan peribadi dengan terlibat dalam pelbagai aktiviti pembangunan pelajar yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Sematkan di dalam diri untuk menjadikan diri kita lebih baik daipada sebelum ini. Selamat Maju Jaya Kepada Semua Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM Cawangan Sarawak.

​

Sekian, terima kasih dan wassalam.

 

PROFESOR MADYA DR. SAIMI BIN BUJANG

TIMBALAN REKTOR (HAL EHWAL PELAJAR)

bottom of page